BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 7 July 2011

PUJAAN HATIKU

untuk seseorang yang bermakna dalam hidupku :'(

PUJAAN HATI .. kau telah menyinari hidupku 
sejak hadirnya dirimu 
membuat aku menyedari
bahawa betapa indahnya cinta itu

PUJAAN HATI .. kau memberi aku harapan baru
setelah ku hadapi satu kekecewaan
kau membangkitkan rasa
ingin mencintai & dicintai
dalam diriku ini

PUJAAN HATI .. kau telah memberi aku rasa
dihargai,disayangi & mungkin dicintai
membangkitkan rasa rindu
yang teramat tatkala kita berjauhan

PUJAAN HATI .. kau juga memberi aku semangat agar
aku tabah & sabar dalam
menghadapi dugaan & cabaran
dalam hidup ini ketika kita masih
di awal menyemai kasih

PUJAAN HATI .. kau cuba menjadi yang terbaik untukku
walaupun aku tahu bahawa
dirimu memang selalu terbaik bagiku
aku amat menghargainya

PUJAAN HATI .. kau menimbulkan rasa cinta dalam hati ini
menghapus segala kata kata hati kerasku
untuk memberi kasih ini
kepadamu hingga tiada yang mampu
dapat menidakkannya

PUJAAN HATI .. namun kini kau telah pergi jauh
jauh dari mataku & diriku
tapi aku tetap berasakan bahawa kau selalu
berada dekat denganku
segala kenangan antara kita tidak akan pernah aku
lupakan sayangku
ketahuilah bahawa aku masih mencintai & menyayangi mu
hingga kini masih tiada siapa yang
mampu menjadi pengganti dihatiku

PUJAAN HATI .. mungkin sudah tercatatnya takdir
untuk kita tidak bersama lagi
tapi aku tidak pernah berputus harapan
bahawa aku akan kehilanganmu selamanya
aku akan tetap memohon & berharap agar
kita akan kembali bersatu menyemai cinta yang
sudah termaktub dalam hati ini

PUJAAN HATI .. saban hari aku akan menunggu khabar darimu
walaupun aku tahu itu tidak mungkin akan
terjadi kerana sudah terlerainya
kasih antara kita
aku tahu bahawa aku tidak perlu mengharap
apa apa pun darimu 
tapi aku tidak mampu untuk
berbuat begitu kerana aku
sudah terlalu menyayangimu sayang
tidak sanggup aku ingin melihat kau bersama
yang lain selain diriku

PUJAAN HATI .. mungkinkah masih ada ruang kemaafan
untukku ?aku terlalu merindukanmu
merindukan saat & detik kita
bergurau bersama
meluangkan masa terindah bersama
kini masih terbayang bayang di benakku

PUJAAN HATI .. kehilanganmu telah menyedarkanku
apakah makna cinta yang sebenar
walaupun aku tahu cinta juga boleh
membuatkan seseorang itu terseksa
terseksa kerana merindukan kekasihnya

PUJAAN HATI .. sesungguhnya kau telah memberi kesan
dengan kehadiranmu dalam hidupku
aku tidak akan pernah penat menanti & melupakanmu

PUJAAN HATI .. aku berdoa agar kau di sana 
yang jauh dariku tapi tidak dari hatiku
mengecapi hidup yang bahagia kerana
ketiadaanku ini mungkin memberi kau
sedikit kebahagiaan

KASIHKU PADAMU TIDAK AKAN PERNAH PUDAR


  


No comments:

Post a Comment