BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 26 August 2011

Rasa Gelisah Sudah Tiada

Hai semua ,assalamualaikum. Aku malas nak potpet panjang menjela. Aku cuma nak share story sikit. Pernah aku menceritakannya sebelum ni. Akhirnya dengan berkat Allah S.W.T aku diberi kekuatan untuk memohon maaf kat orang sebelum ini sudah lama aku tak bertegur sapa. Sebabkan hal apa tak perlu lah korang nak tahu ea.

Aku rasa tenang sangat bila dah luahkan semuanya pagi tadi (khamis) yang mana aku sebelum ni tak pernah menangis sebabkan hal mcm tu ,tapi aku tewas jugak. Aku nangis siol ! *maluu kot. Tapi takpe asal kan aku rasa tenang & tenteram ! Lepas ni dapatlah aku pergi dengan tenang tanpa rasa gelisah lagi. hehehe.

KAWAN MOGA KAU HIDUP BAHAGIA DISAMPING ORANG TERSAYANG <3<3

Kay bhaii ,wassalam.

Monday 22 August 2011

Aku Taip Kau Baca Then Komen

ASSALAMUALAIKUM

Hai semua apa khabar? sihat tak? hope semua sihat la kan. Okay tak moh soseh banyak sangat nyampah orang je kan. *tahu takpe. Sekarang ni malam LAILATUL QADAR pun dah berlalu. tahu tak malam apa tu? meh nak bagi tahu yang tak tahu ,malam tu bermaksud 'malam yang lebih baik dari seribu bulan' tengok? besar sungguh kuasa Allah kan? syukur alhamdulillah.

Pejam celik pejam celik ,sudah 22 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa kan. Subhanaallah sungguh pantas masa berlalu hinggakan aku tak sedar (leka) dengan perubahan di sekeliling aku. Jadi ,lagi beberapa hari je kita nak menyambut bulan syawal. Huhh ,memang raya tahun ni tak bermakna dah bagi aku sebab semuanya yang indah2 dah berubah. Berubah kepada yang tak baik -__-* too bad rite?

Bila lah agaknya kita semua akan berbaik. Ye ,berbaik macam dulu. Bergurau ,bergelak tawa sama sama ,memang sangat sweet kan sygg masa tu? Ouhh ,aku rinduu <3<3

Okay now ,aku nak mintak pendapat rakan rakan aku ni.*kalau korang rasa aku ni kawan korang. Patut tak aku minta maaf kat dorang? Kalau nak dibiarkan lama lama memang sampai aku mati pun tak selesai kan? betul? Jadi aku rasa sementara aku masih ada masa ni ,aku nak sangat mintak maaf kat dorang dan dalam pada masa yang sama aku takut. Takut sebab mungkin dorang tak dapat nak terima or maafkan aku. Aku rasa nak peluk dorang ,bagi rindu aku terubat. Tapi... tu semua tak mungkin terjadi. Masakan dorang nak sentuh aku yang dirasakan sungguh jahat ni. Takpe lah ,aku redha...

Ya Allah ,bantulah hambaMu ini.

p/s : dorang (org yg ada salah faham ngn aku)


WASSALAM :)


Monday 15 August 2011

BILA PUASA SEMUA AKU RINDU :'(

Heloo ,assalamualaikum. apa khabar semua? wahh ,lame lah kan aku tak update blog ni. Agak2 dah masuk seminggu rasanya kan?*mcm kau peduli. Ok lah ,taknak membebel panjang lebar.*nanti bosan :)

Masuk je bulan 8 ni aku jadi orang yang paling sibuk sekali.*poyo. Bukan apa lah kan ,cuma bulan ni aku mula kerja part time. Jadi masa yang sebelum2 ni banyak masa terisi dengan kerja je lah. Tak ada dah nak duduk rumah, tido, makan, melepak dan sbg. Okay what?? kau ade?? dah lah suka melepak *bagi yg suka melepak jgn marah.hehe.

Jadi syukur alhamdulillah sebab bila dah kerja ni aku tak buat dah kerja yang tak berfaedah. Huhu. Okay, berbalik pada tajuk asal. Rindu? rindu sama siapa? err ,tah lah sebenarnya aku pun tak tau !haha ,sengal !Aku cuma rindukan orang yang pernah rapat dengan aku dulu. Semua yang kami buat pasti akan teringat balik. Sumpah aku cakap !begitu pantas masa berlalu sampaikan aku jadi lupa dekat mereka semua. Tapi bila tibanya bulan puasa ni ,perasaan rindu tu datang dalam diri aku. Aku pun rindu dengan keadaan masa dulu. Namun kini semuanya telah berubah. Tak seperti dahulu. Ye tak seperti dahulu......

Kadang kadang puas aku berfikir apa semua yang jadi ni salah aku?? Mungkin ye. Hurmmm ,takpe lah semua ni mungkin ada hikmahnya. Hanya Allah yang mengetahuinya.


p/s :maafkan segala salah dan silap yg aku pernah buat dekat kalian ~