BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 8 August 2011

BIZZYYY WOOO ~

Heyyy, wazup all !haha *sangat sakai lah kan. Okay memang lame la kan tak update blog, disebabkan kesibukan yang melampau. HAHA. actually aku dah lame nak buat entry baru tapi asyik sibuk dan tiada kesempatan waktu   untuk meng-update.*cewahh ,ayat bukan mean nyahh! tambah lagi bila dah part time job ni, ermm lagi lah kan bertambah kesibukan aku. Series tak ada masa langsung tau! aku shift petang pukul 5 sampai 10 balik sekolah dah sah2 la kan nak rehat, buat homework *buat ker??. Memang la penat tapi nak buat macam mane kan dah nak sangat kerja.

Jadi sekarang bila dah kerja part time ni memang masa aku banyak yang terisi lah. Kalau dulu aku asyik merayau sane sini, melepak lagi. Ye lah orang dah berlesen kan macam tu lah, nak tayang satu kampung yang dah lulus ade lesen konon !haha ,kentuut je :P alhamdulillah la mak aku bagi kerja tahun ni, sebab baru tingkatan 4 kalau tahun depan dah sah2 lah tak dapat sebab nak SPM kan. *tangkayu makk <3 hehe.

Tapi bila dah kerja ni mase aku nak melepak pun terhad tau! awal2 aku rasa macam tak bestt je bila kerja ni ,tapi lame lame dah okay. First day aku masuk kerja je malu malu lah ,skema ,bendul. HAHA tapi ade jugak kawan kawan yang aku kenal kat sana. Then bila dah masuk hari yang seterusnya aku mula naik kepala lah ,nak tahu ?aku pakai baju style macam orang yang dah lame kerja situ je ,siap make up nye lagi *memang tak leh blahh kan. hehe. Ala ,biasa lah tu kan ,manusia. Pape pun aku enjoy je !yeahh.

Okay aku rasa sampai sini je lah ye ,panjang pangjang pun bukan ada yang nak baca. HAHA. *sedar pun. Harap enjoy je lah eak bila baca ni :) chill ! k bhaiii ~





gambar ni sebelum dan selepas aku ambil lesen. boleh usha di FB aku lah ye :)
p/s : dah LULUS tau !nak ronggeng ?jommm~kahkahkah

Monday, 1 August 2011

Ramadhan Datang Lagi ^_^

ASSALAMUALAIKUM




Hai semua, apa khabar? hope sihat sihat je kay. Erm lama nya kan tak update blog ni, sory kay sibuk sikit lah. hehe. *over nyahh. Hurmm, pejam celik je dah masuk bulan 8 iaitu bulan puasa. Cepatnya masa berlalu kan kawan kawan? Terasa makin singkat hidup sekarang ni. hehe. *cepatcepat taubat :).

Jadi, dibulan yang mulia ini aku (shafirah kamaluddin) nak mengucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga ramadhan kali ini memberi kita semua keinsafan & hidayah untuk memohon keampunan daripada Allah di atas segala dosa kita sebelum ini .. sekaligus memberi kita sinar kehidupan di masa akan datang .. aminn. *ayat sgt tak boleh blahh kan.

Aku harap sangat di bulan puasa ini aku dapat memperbaiki sedikit demi sedikit salah dan silap aku sebelum ni. Mungkin aku terlampau biadab atau memang tak beradab. hehe *kay tipu je. Aku pun manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan, jadi aku akan cuba untuk mengubahnya secara perlahan. Ustazah aku cakap doa seorang hamba akan mudah dimakbulkan di bulan puasa ini. *aku harap !

Kepada semua kawan, ampunkan segala salah dan silap yang aku pernah lakukan kat korang semua kayy. Secara sengaja atau tak sengaja. Mungkin aku tak perasan :'( *mintak simpati. Aku ampunkan segala salah silap korang even seteruk mana pun korang pernah buat kat aku. Aku halalkan semuanya selama kita pernah berkawan  ^_^ kau jangan sedih & bimbang ea. Aku tetap sayang kawan kawan aku sampai akhir nafas aku. Percayalah :')

Akhir kata, SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK. Perbanyakkan amal ibadah kepada Allah....






WASSALAM:)

Tuesday, 26 July 2011

BRRR .. APA CHOI NASIB AKU !

Salam semua ,kay harini exam math, sivik, agama & sejarah. Semua okay je bleh jawab tapi part yang math pehh ! sedih betul lah kan. Nak tahu kenapa ?sebab ...tak dapat jawab soalan subjektif ni semua salah aku jugak sebab tak cek kertas soalan tu betul betul. Adessss ~memang agak menyempat sangatlah kan aku nak menjawab bila aku baru perasan last last minit -,- ape pun tak bolehhh ~

Then aku bagitahu cikgu math pasal tu dia punya lah marah kan ,*tak teruk pun :) sebab aku cuai cmtu sekali ! tapi memang dah tak boleh nak buat ape lah kan ,nak buat ulangan balik pun mesti tak fair bagi budak kelas aku nanti. Takpe lah aku redha je weyh ,jadikan ni satu pengajaran buat aku !lepas ni kena lebih berhati hati lagi :D Jadi korang pun janganlah buat cmtu tau !kena cek betul betul dulu nanti menyesal tak sudah. Ni nasib ujian je kalau peperiksaan ,aisshhh mampuihh lah aku oiii -__-

Hurmm ,sampai sini je entri kali ni. Esok masih ada exam lagi. Susah jugak !doakan tau ! tata~much love